DASAR PRIVASI

Pernyataan Perlindungan Data & Privasi Kami

Tarikh kemaskini terakhir:  01 Januari 2023

Arisprop Holdings Sdn Bhd (ARISPROP) dan kumpulan syarikatnya (“ARISPROP” atau “Kami”) komited dalam melindungi dan menghormati privasi anda.

Rujukan kepada “ARISPROP” di sini merujuk kepada Arisprop Holdings Sdn Bhd, dan kumpulan syarikatnya. Untuk melihat kumpulan syarikat ARISPROP, sila klik di sini.

Pernyataan Privasi ARISPROP ini (“Pernyataan Privasi“) menerangkan jenis data peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda, bila dan mengapa kami mengumpulnya, bagaimana kami menggunakannya, situasi di mana kami boleh mendedahkannya kepada pihak lain, hak anda terhadap data peribadi anda dan bagaimana kami memastikannya selamat.

Pernyataan Privasi ini merangkumi aktiviti-aktiviti pengumpulan data peribadi yang kami lakukan di dalam talian dan juga luar talian, termasuk data peribadi yang kami kumpulkan melalui platform di dalam talian seperti laman web, aplikasi, rangkaian sosial media pihak ketiga atau acara dalam talian dan acara fizikal kami, atau daripada pihak ketiga yang bekerja bersama kami.

Sila baca Pernyataan Privasi ini dengan teliti untuk memahami pandangan dan amalan kami mengenai data peribadi anda.

A. Maklumat Am Pengumpulan Data Peribadi

  1. Data peribadi yang anda berikan kepada kami, seperti apabila anda menggunakan borang maklumat di laman web, memberikan maklum balas, surat-menyurat dengan kami atau apabila anda berinteraksi dengan apa-apa saluran rangkaian sosial (yang mungkin termasuk bila anda menekan butang “like” atau menyiarkan komen pada sesuatu “post”);
  2. Kami mungkin mengumpulkan data peribadi semasa dan yang lampau, termasuk nama anda (termasuk gelaran), maklumat hubungan (seperti alamat, emel, nombor telefon, butiran kerakyatan, nombor pengenalan seperti nombor pasport, tarikh lahir, jantina, organisasi, kecenderungan perniagaan, pekerjaan, jawatan yang dipegang), pengenalan media sosial maka pelanggan bersetuju bahawa ia hanya digunakan untuk tujuan seperti yang diminta itu.
  3. Maklumat yang anda berikan apabila anda membuat permohonan untuk mendapatkan jawatan, penempatan kerja termasuk program latihan atau semasa hari terbuka, acara pengambilan atau sebagainya.
  4. Dalam apa-apa keadaan yang dinyatakan di atas, kami mengumpulkan CV atau résumé anda yang mungkin termasuk butiran peribadi anda (seperti nama, alamat, alamat emel, dan nombor telefon), butiran pelajaran (seperti bidang pelajaran, universiti dan negara di mana pelajaran diambil, markah akademik, perakuan peribadi), sejarah pekerjaan, kaum atau keturunan etnik, kerakyatan, maklumat kewangan (seperti pendapatan ibu bapa, nama dan nombor akaun bank), gambar atau gambar profil dan apa-apa dokumen sokongan atau maklumat seperti yang dikemukakan oleh anda atau bagi pihak anda dalam proses permohonan.
  5. Kami menjalankan saringan sebelum kami membuat tawaran pekerjaan, biasiswa atau program latihan atau menerima pemberian sebagai benefisiari (mengikut kesesuaian). 
  6. Dengan memberikan maklumat peribadi pelanggan kepada ARISPROP, pelanggan telah memberikan persetujuan untuk mengumpulkan, menggunakan, dan mendedahkan maklumat peribadi pelanggan di bawah dasar dan undang-undang perlindungan data dan privasi yang relevan di Malaysia yang mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (PDPA). Sekiranya pelanggan tidak mahu memberikan persetujuan ini, maka jangan gunakan borang elektronik di laman web ARISPROP.
  7. Laman web kami (seperti laman web yang lain) menghasilkan ‘cookies’, yang merupakan fail khas yang dikumpulkan oleh server untuk mengenalpasti pelanggan/peranti pelanggan setiap kali pelanggan mengunjungi laman web ini. ‘Cookies’ ini tidak merekod data kekal dan tidak disimpan di hard drive komputer pelanggan dan ‘cookies’ akan terpadam secara automatik sekiranya pelanggan menutup browser komputer.
  8. ARISPROP akan mendedahkan data peribadi pelanggan kepada pihak berkuasa kerajaan jika dipaksa oleh undang-undang. Selain itu, kami juga boleh mendedahkan maklumat peribadi pelanggan kepada orang lain yang mempunyai hak berdasarkan undang-undang Malaysia selagi mereka mempunyai bukti kuasa untuk melakukannya.
  9. Kami akan menyimpan maklumat peribadi yang pelanggan berikan kepada kami selagi ada alasan untuk melakukannya, misalnya untuk memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan, atau untuk melindungi kepentingan Arisprop Holdings Sdn Bhd. Sekiranya tiada keutamaan, kami akan membersihkan data pelanggan dari sistem pemfailan elektronik, manual, dan lain-lain mengikut prosedur dalaman kami.
  10. Kami menyediakan langkah-langkah keselamatan demi melindungi maklumat data peribadi dalam kawalan kami dari sebarang kehilangan, penyalahgunaan dan pemindaan. Walaupun kami tidak menjamin bahawa kehilangan, penyalahgunaan dan pemindaan tidak akan berlaku, kami memastikan bahawa sistem-sistem kami mematuhi tahap keselamatan pasaran supaya dapat menghindari kejadian-kejadian tersebut.
  11. ARISPROP berhak untuk mengubah dan meminda apa-apa dasar polisi pada bila-bila masa. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perubahan dan pemindaan di halaman ini. Sila semak kembali dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda.
  12. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, komen dan permintaan berkenaan dengan Pernyataan Privasi ini atau data peribadi, atau anda ingin menghubungi seorang pegawai perlindungan data untuk mana-mana syarikat dalam kumpulan kami, anda boleh menghubungi kami contact@arisprop.asia

B. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

      Kami mungkin menggunakan data peribadi anda yang kami perolehi untuk tujuan yang berikut:

  1. Untuk berkomunikasi secara efektif dengan anda dan untuk mengendalikan perniagaan kami

    Untuk mengendalikan perniagaan kami, termasuk untuk membalas pertanyaan anda atau menyelesaikan apa-apa pertikaian, yang mungkin timbul dan berkaitan dengan apa-apa urusan dengan kami, untuk berkomunikasi dengan anda, atau untuk melaksanakan kewajipan undang-undang yang timbul daripada apa-apa perjanjian dengan anda dan kami, atau untuk menyelenggara dan mengemaskini senarai kontak kami supaya dapat berkomunikasi secara cekap dengan anda.

  2. Untuk memaklumkan anda mengenai pertandingan, maklumat pemasaran dan promosi

    Untuk memberi anda maklumat dan tawaran termasuk untuk memudahkan penyertaan anda di dalam apa-apa cabaran teknologi (“technology challenge”), pertandingan, roadshow, promosi, kempen dan acara. Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk memasarkan perkhidmatan dan produk kami atau rakan perniagaan kami melalui pos, emel dan panggilan telefon. Di mana termaktub di bawah undang-undang data peribadi yang terpakai, kami akan mendapatkan persetujuan anda semasa kami mengumpulkan data anda untuk melaksanakan apa-apa jenis pemasaran tersebut. Kami akan memberikan anda pilihan untuk berhenti melanggan atau memilih untuk tidak menerima komunikasi lanjut tentang apa-apa pemasaran komunikasi elektronik atau anda boleh memilih untuk menarik diri dengan menghubungi kami di alamat seperti yang tertera di seksyen “Hubungi Kami” di bawah.

  3. Memperibadikan (“Personalization”) (di luar talian dan di dalam talian)

    Dengan persetujuan anda (di mana diperlukan), kami menggunakan data peribadi anda untuk (i) menganalisa pilihan dan tabiat anda; (ii) untuk meramal keperluan anda berdasarkan analisis profil anda; (iii) untuk mempertingkatkan dan memperibadikan interaksi dengan anda; (iv) untuk memastikan kandungan laman web atau aplikasi kami adalah dioptimumkan untuk komputer dan peranti anda; (v) untuk memberikan anda kandungan pemasaran yang tepat; (iv) untuk lebih memahami perniagaan dan pola dan trend berkenaan dengan produk kami; (vii) untuk membangunkan atau mempertingkatkan produk dan perkhidmatan kami; dan (vii) membenarkan anda menggunakan ciri-ciri interaktif apabila anda memilih untuk berbuat demikian.

  4. Untuk menilai permohonan anda untuk jawatan dalam organisasi atau sebagainya

    Jika anda tidak boleh memberikan kami maklumat yang kami minta untuk tujuan ini, kami mungkin tidak boleh menilai kesesuaian anda untuk permohonan anda atau untuk berkomunikasi dengan anda. Jika permohonan anda tidak berjaya, kami akan menyimpan data peribadi anda selaras dengan polisi dan prosedur dalaman dan untuk tujuan pentadbiran dan analisis statistik.

  5. Untuk menilai permohonan anda dan menurut undang-undang yang tertakluk kepada ARISPROP (cth., berkenaan dengan pemberian peluang yang sama). Pemprosesan ini merupakan pra-syarat yang wajar sebelum anda memasuki apa-apa perjanjian dengan ARISPROP supaya dapat memenuhi kewajipan berkenaan pekerjaan dengan pekerja-pekerjanya. Ini termasuk penggunaan data peribadi anda untuk: melaksanakan pemeriksaan latar belakang dan referi, berkomunikasi mengenai proses permohonan, menyimpan rekod dan mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan, termasuk menggunakannya selaras dengan undang-undang yang terpakai.