Pengasas

Latar Belakang

Dato' haji haris embong

Dato’ Haji  Haris bin Embong adalah merupakan pengasas Kumpulan Syarikat Arisprop. Beliau telah dilahirkan pada 09 Mei 1977 di Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Setelah kematian bapanya, semasa berumur 2 tahun, beliau telah dibesarkan di Bachok, Kelantan dan mempunyai 5 orang adik beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1998 dengan Datin Hajjah Naimah Binti Ismail dan dikurniakan 5 orang anak, 4 perempuan dan seorang lelaki.

Kehidupan Awal

Dato’ Haji Haris merupakan bekas kakitangan kerajaan, telah berkhidmat selama 18 tahun di Perbadanan Putrajaya (PPj), Kementerian Wilayah Persekutuan bermula dari 02 Januari 2001 sehingga 02 Januari 2018. 

Beliau yang bergraduasi pada tahun 2000 berkelulusan Bachelor Sains Bioindustri, UPM telah menyertai PPj dengan jawatan pertamanya adalah Penolong Pengarah. Sepanjang perkhidmatan beliau, pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Khidmat Cemerlang diperolehi. Beliau telah menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dan bergraduasi pada tahun 2010 dalam Master Sains Pengurusan Tanah, UPM.

Beliau mula berjinak dalam perniagaan secara kecil-kecilan bermula pada tahun 2012 setelah mendapat kelulusan daripada Pengurusan PPj.   Skop perniagaan awal syarikat Arisprop adalah Pembangunan dan Penyelenggaraan Landskap, Pencucian Pembersihan Kawasan dan Bangunan. Pada tahun 2015, Dato’ Haji Haris telah menceburi sektor pertanian dan penternakan ayam kampung dan ayam daging dan seterusnya pemprosesan, pengeluaran dan pemasaran produk sejuk beku jenama ARIS pada tahun 2018.

Setelah perniagaan Arisprop berkembang dengan baik, beliau telah mengambil keputusan untuk bersara awal pada 02 Januari 2018 dengan jawatan terakhirnya adalah Ketua Pegawai Operasi di salah satu anak syarikat hak milik PPj.

Pendidikan/ Alumni

SK & SMK

Beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah & Menengah Jelawat, Bachok Kelantan. Beliau meneruskan pelajarannya ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bachok, Kelantan.

Ijazah

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam Bachelor Sains Bioindustri (Major Sains Tanah) dari tahun 1997 hingga tahun 2000.

Master

Pada tahun 2008, beliau menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana dalam Master Pengurusan Sumber Tanah,  Universiti Putra Malaysia dan bergraduasi pada tahun 2010.

PhD

Seterusnya, pada tahun 2023 beliau telah mendapat tawaran pengajian di peringkat Doktor Falsafah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pengurusan, Pentadbiran dan Ekonomi.

Pengalaman & Kerjaya

01

TAHUN 2001 – 2005

Penolong Pengarah Perbadanan Putrajaya (Gred G41)

02

TAHUN 2005 – 2009

Penolong Pengarah Kanan Perbadanan Putrajaya (Gred G44)

03

TAHUN 2009 – 2014

Ketua Penolong Pengarah Perbadanan Putrajaya (Gred G48)

04

TAHUN 2014 – 2015

Pengurus Kanan Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Hak Milik Penuh PPj)

05

TAHUN 2015 – 2016

Ketua Pegawai Operasi Putrajaya Floria Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Hak Milik Penuh PPj)

06

TAHUN 2018

Bersara awal dan menguruskan Kumpulan Syarikat Arisprop sepenuh masa.

Self Winning

Anugerah & Pengiktirafan

Pada Jun 2016, sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Haris Osman, buat kali pertamanya Dato’ Haji Haris menerima anugerah Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Kelima (K.M.W) Kesatria Mahkota Wilayah.

Pada Januari 2017 pula, Dato’ Haji Haris mendapat penganugerahan Pingat Darjah Kebesaran Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ daripada Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah, Sultan Kerajaan Negeri Pahang di atas sumbangan dan pencapaian cemerlang beliau. 

Selain itu, beliau juga telah menerima beberapa pengiktirafan seperti berikut :