Pembuka Tirai Tahun 2023 yang Gemilang

Pembuka tahun 2023 yang gemilang apabila Dato’ Haji Haris telah mendapat penganugerahan daripada Sinar Harian. “Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, anugerah ini bakal menjadi pengembangan produk yang kami hasil,” kata Pengarah Urusan Arisprop.

Anugerah Bisnes Sinar Harian (BISA) ini telah pun dilangsungkan di Hotel Double Tree by Hilton Shah Alam malam tadi 23 Februari 2023 Khamis. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut serta menjayakan majlis ini.

Arisprop Holdings Sdn Bhd telah menerima penganugerahan Anugerah Pemacu Usahawan 2023 yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli kepada Dato’ Haji Haris. Beliau telah hadir ke majlis BISA ini bersama isteri tercintanya Datin Naimah Ismail.

Datuk Haris Embong menerima Anugerah Pemacu Keusahawanan 2023 dari Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Penganugerahan ini merupakan hasil usaha gigih dan kesetiaan warga kerja Arisprop Holdings Sdn Bhd dalam membangunkan perniagaan kami. Kesusahan di masa lalu yang membuatkan Dato’ Haji Haris menceburkan diri dalam industri makanan sejuk beku. Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada usahawan yang bekerjasama dengan Arisprop untuk terus maju berinovasi dalam meningkatkan ekonomi negara.

Maklumat lanjut layari https://bisaawards.sinarharian.com.my/

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !